Khalili Habibuallah

Tuesday 3 September 2013

Mission is Starting...

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMMUA'LAIKUM W.B.T

Alhamdulillah..Hari ini aku bangun dengan senyuman ^----^...
Syukur sangat diri ini masih lagi diberi nafas untuk mengabdikan diri kpdMu..

Malam tadi selesai register untuk new sem..
Alhamdulillah..
Semester 5...
Memang tidak sangka i'm a student from Bachelor of Arabic Language & Communication sudah masuk Tahun 3..
Tidak sabar rasanya diri ini untuk menamatkan study yg berbaki 2 tahun lagi ^-^
Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya..Ameen..

After daftar terus tengok subject & schedule utk sem ni..
Wahh....Memang mencabar..25 credit for 9 subject..
Lebih kurang dengan subject sem lepas..

Certain sahabat2 cakap sem ni agak susah & padat...
InsyaAllah..Tiada apa2..
Jadikan ini sebagai cabaran utk kita terus lebih maju & berjaya kelak..
Cabaran itu mematangkan diri kita sebenarnya..
Don't give up!!!
We need more effort..

 Tuntutlah ilmu hingga akhir hayat kita..
Even susah mana pun.. 
Ilmu yg bermanfaat tidak rugi buat kita..
Syukur sangat aku dapat mendalami ilmu ini di USIM..
Seiring duniawi & ukhrawi..
 Aku harap apa yg aku & sahabat2 lain pelajari dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..

Rabbi yassir walaa tu'assir. Rabbi tammim bilkhair!

List for my subject..Done registered!!


 
My schedule^-^ Macamana?? Not bad la..







Aku harap sem ini..Aku akan lebih cemerlang..gemilang & terbilang ^-^
Begitu juga pada sahabat2 seperjuangan ku yg lain samada dalam @ luar negara..
Mana2 belajar pun sama..
Yg penting nawaitu kita..
Lillahi Taa'la..

Tinggal beberapa hari lagi untuk melangakah ke sem baru..
We need to prepare physical & mental..
2 bulan sudah cuti ini ^-^

Now..Mission is starting!!
 to be a successful..
& my  dream struggling to be a better Muslimah..
InsyaAllah..Doakan semua

Notakaki: Buat sahabat2...Selamat menjalani semester & pengajian baru..Semoga terus maju dengan jayanya..Don't give up ok! May Allah ease..All the best!!Allah yuftah a'laikum..InsyaAllah..

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Sunday 1 September 2013

I Love You

Views
 بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMMUA'LAIKUM W.B.T

Alhamdulillah..Aku diberi nafas untuk hidup & meneruskan wadah2ku...

Aku suka lirik lagu ni..Sepert sama dengan apa yg aku alami..
Niat di hati hendak bagi lirik ni pada seorang Hamba Allah..
Cuma tak berkesempatan..
Maybe apa yg aku alami ada hikmahnya..
Kena sabar^-^
Mudah2an Allah mempermudahkan urusan ku & seluruh hambaNya..
InsyaAllah..




 I Love You – Najwa Latif

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,
 Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..




SYUKRAN JAZILAN ^-^

Count On Me

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMMUA'LAIKUM W.B.T

Wadah kali ini aku nak berkongsi satu lirik lagu from Bruno Mars..
Tak de la minat sangat dengan penyanyinya..
English song..Lirik lagu ini ada maknanya..


COUNT ON ME

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you

Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah
You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me ’cause I can count on you

note: we need help others people who are in difficult situation...

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Friday 30 August 2013

Allah beri yg terbaik..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T

Alhamdulillah..Hari ini aku diberi kesempatan untuk memenuhi wadah ku ini..



Hari ini result utk final sem 4 sudah keluar..
Alhamdulillah..
Result ku amat memuaskan...Resultku still maintane daripada sem satu lagi..Sem ini ada peningkatan daripada sem lepas..

Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Allah..Engkau telah beri yang terbaik buatku..Even namaku tak tersenarai lg dalam DL lagi..InsyaAllah..aku kena more effort lagi..Maybe rezeki itu belum sampai lagi..Aku boleh cuba lagi..

Belajar ini bukan semata2 hendak kejar pointer..Tapi ilmu yg kita pelajari..Intipatinya^-^
Orang cakap ilmu bukan pada pointer..Betul tak?

After check result..Terus cakap pada mak...
Mak: Alhamdulillah ..Along dah buat yang terbaik..Along dah usaha semampu yang boleh..Jadi Allah dah beri apa yang terbaik buat Alonag..InsyaAllah..mungkin lain masa nanti Along akan dapat lebih baik lagi..Tapi bukan sekarang..

Blia dengar maka cakap begitu..Aku rasa ada semangat lagi untuk ke sem depan & tak sabar untuk study^-^
Terima Kasih Mak..InsyaAllah Along akan buat yg terbaik after ini..Mak doakan Along ye...


Baca status at fb..ad seorang sahabat ini beri pandangan: 

 " gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.. dan berjaya sekali tidak bermakna berjaya selamanya.. kerana belum tentu orang yg berjaya akan beramal dgan ilmu yg dia dpat.. dan belum tentu orang yang gagal dia akan lupakan ilmu yg dia dpat.. kita kadang2 belajar semata2 untuk dpat result cemerlang, bukannya utk menambahkan ilmu.. jadi niat semata2 untuk men"cantik"kan pointer..renung2kan...





SYUKRAN JAZILAN ^-^

Wednesday 28 August 2013

Harapan..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T




Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan


Tidak kesampaian cinta kita
Kubawa harapan kupendam rahsia
Ku dikejauhan mendoakan
Agar kau bahgia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikaukan fahami…

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku..





note: Hanya mampu berharap padaNYA....
         Ustazah Fatimah Syarha kata:: Para gadis pelihara hati kamu. Kalau lelaki tu baik, dia takkan    mainkan hati perempuan. Dia akan seiringkan agama dan akhlak ~ ALLAHURABBI
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Tuesday 27 August 2013

Zikrullah..

Views
 بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMMUA'LAIKUM W.BT



Perasaan itu,
Apabila kita berhadapan dengan masalah..
Hati hendaklah mengingati Allah.

Allahu Allah.

*Allah Maha Mendengar, jangan pernah berputus asa untuk memohon kepadaNya.
  Allah Maha Mengetahui, jangan pernah lupa untuk memohon petunjukNya.
  dan Allah Maha Berkuasa, jangan pernah letih untuk berharap padaNya.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
::Surah Ar-Ra'd, ayat 28::




Moga kita memperoleh ketenangan....
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Cinta Berkawan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhamdulillah..Wadah ini dapat diisi lagi..
Kongsi sedikit lirik lagu untuk wadah kali ini..
Ni diantara favourite nasyeed ku^-^
Even lirik nampak pendek..
Tapi ada banyak makna yg tersirat & tersurat di dalamnya..

Seutas tali memadu simpul tawamu duhai kawan
Simpulnya jatuh dipelupuk nurani yang tertambat cinta
Cinta berkawan bersama nikmati semusim masa

Disela kehangatan berkawan adalah aku pandang
Satu persatu garis wajah duhai kawan penuh harapan
Andai saja slalu bersama setiap masa sehati

Reff :
Suratan Tuhan kita disini menapaki cerita bersama
Cinta berkawan karna sehati dalam kasih Illahi
Tepiskan hal yang berbeda agar kisahmu teramat panjang
Simpan rapi harapan berkawan selamanya..


P/s: If nak dengar lagu ni macamana boleh la refer youtube =)
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Syukuri NikmatNYA

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T 
Wadah kali ini sebagai peringatan untuk diriku & kita semua..Pagi tadi ada dengar tazkirah dalam rancangan tv..Diri ini sudi berkongsi sedikit ilmu untuk kita semua^-^
Dalam setiap perkara di dunia, kita sering terlupa dan lambat menyedari akan nikmat Allah yang patut disyukuri. Ketika nikmat itu menghilang, barulah kita menyesal. Sesalan yang paling kesal adalah ketika kita menyesali nikmat UMUR dan KESEMPATAN berbuat baik, sedangkan diri kita sudah dihadapkan dengan kematian.

"...hingga sa'atnya kematian datang, seseorang di antara kamu meminta. 'Duhai Rabb kami, tangguhkanlah ajalku walaupun sebentar. Aku akan berbuat baik dan mahu bersedekah.' Namun kata Allah, 'Terlambat'. Kalau kematian sudah datang, tidak dapat lagi ditunda..."
(Al-Munaafiqun : 10-11)


Manfaatkanlah WAKTU sebaik mungkin, untuk beribadah kepada Allah dan BERBUAT BAIK kepada makhlukNya, mudah-mudahan Allah menyatukan kita, mempertemukan kita dalam satu keluarga yang berkumpul di syurgaNya kelak. Aamiin...
  P/S:Alhamdulillah..Aku diberi peluang utk meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini lagi..

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Baru Tahu ^-^

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum W.B.T



PAPLOVA...
Macam2 makanan sekarang ye..Nama pun pelik & unik..
Paplova ni lebih kurang macam desert & kek kot..ada krim & buah..

1st makan time ada expo at USIM..ada akak senior jual..

Kakak Senior: "Adik2..Beli la ni..Cuba rasa Palova ni.."
Aku: Paplova??? Apa tu??? Tak pernah dengar pun ^-^
Kakak Senior: Ala ada buah...Krim..Sedap taw..Belum cuba belum tahu..

Urmm..beli jela..kesian pula at akak ni..dah la banyak soalan ditanya(dalam hati^-^)

Aku: Ok la kak..Berapa harga yg small size ni?
Kakak Senior: RM3..
Aku: Owhh..Jap ye.
Dalam hati ni kata..Mak aii..Mahal nya^-^

Sampai dalam kelas..Aku beri la rasa sedikit pada kawan2..Ok la..Not bad la..Sedap ^-^
Ada fruits..Tak sia2 la beli..rasa macam yogurt..hehe..

So barulah tahu..Apa itu PAPLOVA^-^
Sempatlah juga aku google utk cari macamana nak buat paplova ni..InsyaAllah..If ada masa & rezeki teringin juga hendak make it by myself =)

Resepi Paplova:
  • 4 bj putih telur gred A
  • 1 cwn gula pasir/gula castor
  • 2 s/mkn tepung jagung
  • 1 s/t cuka mkn
  • 1 s/t esen perasa oren - ni ijapian tambah utk elak hanyir telur
  • Topping:
  • 1 cwn fresh cream ( Rich, Value - non diary)
  • Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur

 


SYUKRAN JAZILAN ^-^

Monday 26 August 2013

Slmat hari lahir#zhu ni shenre kuaile#sanah helwa#happy birhday#

Views
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

بسم الله الرحمن الرحيم


24 & 25 August..

Wadah ku kali ini..Hari kelahiran adik2 ku..Ikhwan & Irfan ^-^.. Ehh..bukan kembar..Kebetulan sama cuma selang sehari..Along harap...

::Semoga panjang umur & dimurakan rezeki::
::Semoga menjadi  anak yg soleh & berbakti pd mak & ayah::
::Bittawfeeq Wannajah Fidduniya Walakhirat::







SYUKRAN JAZILAN ^-^

Wednesday 21 August 2013

#REDHA...

Views
 Assalamualaikum W.B.T

Ya Allah..Hati ini gusar..Berikanlah ketenangan pd diri ini..Mungkin ini takdir yg sudah tertulis buatku.. Memang berat utk aku laluinya..Aku kena terima dgn Redha..

Mungkin Allah sdh beri petunjuk pada diriku..Dia bukan milikku..Aku kena kuat..Lupakan apa yg sdh berlaku..Mungkin after ni aku kena lebih fokus pada future..

Kita hanya mampu merancang..perancangan Allah adalah yg terbaik..Biarlah Allah yg tentukan segala2nya..
 


JODOH itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita...:')

Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya..InsyaALLAH...




JODOH ITU MUTLAK RAHASIA ALLAH

Ada yang sudah dekat tiba-tiba menjauh.
Ada yang jauh tiba-tiba mendekat.

Ada yang sudah sayang tiba-tiba
membenci.
Ada yang belum kenal tiba-tiba menyayangi.

Ada yang sudah direncanakan
tanggal nikahnya tiba-tiba berantakan.
Ada yang tidak direncanakan tiba-
tiba datang mengajak nikah.

Ada yang sudah dijodohkan tiba-
tiba dibatalkan.
Ada yang tidak dikenal sebelumnya
tiba-tiba menjadi jodohnya.

Itulah rahasia JODOH..

Hanya Dia yang tahu kapan kita berjodoh.
Hanya Dia yang tahu dengan siapa
kita akan berjodoh.
Hanya Dia yang tahu dengan cara
apa kita bertemu jodoh.

Tugas kita adalah berusaha
dengan cara yang baik.
Tugas kita adalah berusaha
dengan menjadi baik.
Tugas kita adalah menerima
apapun keputusan terbaik menurut Allah.

Dan satu hal jangan kita abaikan.
Jangan pernah merasa lelah
meminta dan terus meminta
melalui DOA kepada-Nya.

Ya Allah..
Berikanlah jodoh yang soleh dan
solehah bagi semua yang
membaca, mengAminkan serta
yang memBagikan tulisan ini..

Aamiin Ya Rabbal'Alamiin.

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Tuesday 20 August 2013

new style..ok @ salah ke??

Views
Assalamualaikum W.B.T



Alhamdulillah..malam ini aku dapat luangkan masa dgn wadah ku ini...Rasa sunyi diri ini..Even kita berduka, kita kena kuat...Biarlah duka itu hilang..

So, cerita mengenai shawl..Boleh ke kita menggayakan nya?Sekarang ini memang menjadi trend kaum hawa memakai shawl dgn pelbagai cara..Macam2 cara dililitnya..New style la katakan^-^

Aku ada terbaca satu entry ini..Apa jawapan di sebalik persoalan ini ..

Ustaz Love pun tak tahu nak mulakan dari mana… cuma mungkin Ustaz Love boleh cuba untuk menjelaskan serba sedikit dari sudut hukum.. Apa jua pakaian, hendaklah menutup aurat dengan sempurna… Tak kira lelaki ke, pempuan ke… Kalau pempuan pakai seluar ketat hingga menampakkan susuk punggung, hukumnya adalah haram.. begitu juga lelaki kalau pakai seluar ketat.. Jadi, jangan ingat kalau pakai tight sampai lutut (masa main bola ke), itu dah tutup aurat sempurna dah..
Dan aurat juga banyak bahagian.. bukan setakat rambut (bagi wanita) atau kepala lutut (bagi lelaki) je… tapi meliputi apa yg digariskan oleh syariat.. iaitu bagi wanita, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.. manakala bagi lelaki, auratnya daripada pusat hingga lutut… termasuk yg berada di belakang pusat dan juga belakang pelipat lutut..
Itu dari sudut hukumnya… Namun, banyak lagi faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum kita menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai berdosa, fasiq, munafiq, hipokrit dsb…
Adalah tidak adil sekiranya kita membandingkan seorang yang baru belajar2 nak pakai tudung, dengan wanita Arab Saudi yg memakai tudung dan berpurdah (niqab) atau memakai burqa (menutup seluruh badan termasuk mata..kat bahagian mata tu ada jaring untuk melihat)… Juga tidak adil membandingkan seorang artis yang bertudung dengan seorang ustazah lepasan al-Azhar…
Hukum itu jelas.. tiada pertikaian di situ.. cuma dari sudut amali, maka banyak perkara dilonggarkan agar tidak menyebabkan seorang yang baru2 nak berjinak dengan amalan agama ni, terus meninggalkan amalan tersebut…
Bagi seseorang yang memang ada kesedaran beragama dan berpegang teguh pada agama, maka hendaklah dia menutup aurat dengan sempurna. Bagi yang belum ada kesedaran, tapi memakainya disebabkan untuk nampak cantik, nampak bergaya dsb, maka pakailah sekadar kemampuannya.. Ini adalah lebih baik daripada langsung tak pakai tudung…
Kaedah bertudung juga kita perlu fahami… bukanlah maksud menutup aurat tu adalah memakai tudung bulat ke, tudung bawal ke, tudung periuk ke.. tapi bermaksud menutup.. walau dengan apa bahan sekalipun… kalau org kampung zaman dulu2, kaum wanita menutup kepala dengan kain batik.. Kalau di sebelah Afghan, diorg tutup dengan kain labuh… kadang2 terbuka, kadang2 tertutup.. berbeza dengan tudung yg dipakai oleh orang Melayu Malaysia, siap ada pin2 bagai… Jadi, kaedah pemakaian mahupun jenis tudung itu sendiri bukanlah menjadi persoalan… Asalkan menutup aurat, jalan je..
Berkenaan dengan tudung shawl ni plak, sama juga dengan tudung2 lain… yg pentingnya menutup aurat.. itu yg utama.. bila dah istiqamah bertudung, maka boleh la nak fikir pasal labuh, kemudian pasal warna dsb.
Kalau takde keinginan nak menutup aurat, dan digalakkan dgn fesyen2 yg nampak cantik, ranggi dsb.. maka tiada salahnya menggunakan alasan itu dulu… Umpama seorang budak yang malas belajar.. dijanjikan dengan hadiah2 kalau lulus periksa, maka tak jadi masalah.. sbb bukan tahap budak2 tu lagi nak fikir soal ikhlas ke, apa ke.. sbb keinginan nak belajar pun beliau takde..
Jadi, pandangan Ustaz Love takde la liberal… hukum menutup aurat tu wajib… tapi, kalau sesiapa yang dgn bertudung fesyen ini menjadikan beliau istiqamah bertudung, maka teruskan la… Sampai ke satu tahap, kita pergi ke tahap labuh plak.. pastu ke tahap warna yg tak menarik perhatian plak.. Bak kata Mydin “Naik tangga jangan berlari nanti jatuh”…
Kalau kehidupan dunia, kita nak semakin maju (daripada naik bas, nak naik motor.. pastu nak beli kereta.. pastu nak beli bas), maka dalam beragama pun kita kena ada keinginan sebegitu… Kalau dulu pakai tudung bawal, maka naik la tahap sikit pakai tudung jaws ke, tudung paus ke… Kalau dulu, solat berjemaah cuma seminggu sekali, naikkan la tahap sikit.. seminggu dua kali ke.. hinggalah akhirnya mencapai matlamat tertinggi iaitu solat berjemaah setiap waktu…

Terjawab sedikit mengenai masalah ini..Yg wajib aurat itu ditutup ^-^

-->Begitu jugalah dengan pemakaian SHAWL. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu:
a) tidak menampakkan bentuk dada,
b) tidak jarang
c) menutup bahagian yg sepatutnya yg ditetapkan oleh syariat Islam





SYUKRAN JAZILAN ^-^

Monday 19 August 2013

ALuMni SamTaj Sg.Besar 2013

Views
Assalamualaikum W.B.T

Jemputan ke ALUMNI

17 OGOS 2013,
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH,SG. BESAR SELANGOR.

Alhamdulillah..Setelah sekian lama tdk berjumpa...Akhirnya kami ex-students SAMTAJ,SG. BESAR berjaya diketemukan semula even x semua yg hadir..

3hari kami berkampung di sini..kerja,masak & makan bersama..Alhamdulillah..semua dilakukan dgn kerjasama kami semua..

Event ini dapat juga kami melepaskan rindu pada teman2 & guru2.. Dapat jumpa sahabat2 yg sememangnya x pnh jumpa after kluar dr sekolah ini..

Alhamdulillah..ad yg sudah bekerja..Still study lagi  & x sgka ad juga yg dh kahwin^-^..
Abg..Kakak Senior & adik2 junior pun bg kerjasama utk hadir..Sporting la mereka..

Syukur Alhamdulillah..bila berjumpa mereka,hilang rasa duka dalam diri ini..even hnya beberapa hari bersama mereka..Suka & duka..kerjasama dgn mereka dapat mengeratkan ukhwah kami semua...

Rindu kami pada sekolah juga..Yg banyak perubahan & makin maju..Harap sekolah & students2 SAMTAJ akan lebih maju & berjaya pada masa akn dtg..

Syukran kasiran pd sahabat2 yg menganjurkan event ini....Syukran juga pada teman2 yg bertungkus-lumus menjayakan event ini..Hope akan diadakan lg alumni ni dengan lebih jaya lagi ^-^

Mudah2an ukhwah kami semua berkekalan hingga akhit hayat....InsyaAllah..ada jodoh & rezeki kita jumpa lagi..

Sempat snap environment SAMTAJ ^-^


SWEET MEMORIES...Ukhwah fillah till jannah..InsyaAllah..


SYUKRAN JAZILAN ^-^

Monday 29 July 2013

Malam Yang Dinanti Mukmin

Views
 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..sedikit perkongsian daripada apa yg dibaca drpd blog hamba Allah ini..sungguh bermanfaat.. mengenai malam Lailatul Qadar... Setelah mendengar cerita drpd adikku..Aku terus mencari apa sebenarnya malam yg unik ini..



 
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut:

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

source:cc http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html


p/s: Marilah sama2 kita rebut malam yg bermanfaat ini..InsyaAllah..

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Sunday 21 July 2013

jodoh dan takdir

Views
Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang insan di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Saturday 23 February 2013

Views
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...Aku masih meneruskan wadahku seperti biasa walaupun sudah beberapa hari aku tak meng"update" post baru...Sibuk dengan jadual kelas yg padat serta meeting dgn komitmen lain...Tapi Alhamdulillah itu semua bukannya bebanan buat diriku..Tetapi itulah cabaran...Cabaran yg mengajar kita erti kehidupan...

Hari ni cuti hujung minggu..Maybe ada sahabat2 

Hari ini Ahad...Cuti hujung minggu...Maybe hari ni ada yg pulang ke kampung @ rumah parents..Maybe juga ada sahabat-sahabat yg outing bersama teman mereka..Ada ju

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Tuesday 19 February 2013

Hari Pertama

Views
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah..Bersyukur padaMu Ya Rabbi kerana memberi nafas padaku lagi utk meneruskan hidup..Malah memberiku peluang utk meneruskan wadah-wadahku ini..

Hari pertama untuk semester 4 ini...Hari pertama menjejakkan kaki ke USIM tercinta^-^
Persekitaran USIM masih lg seperti dahulu..Tiada apa-apa perubahan..Itulah yg aku lihat..Maybe ada cuma aku yg tidak perasan..Masih lg pekerja-pekerja membersihkan kawasan-kawasan tertentu...Bersih & cantik..
Bulatan IQRA'



CANSELORI..Tetap gah...


Teruja masuk kuliah pertama hari ini...Alhamdulillah dapat lecturer from Malaysia uyk subjek Akhlak & Tasawwuf^-^...Agenda pertama mestilah taa'ruf..Hebat...Ustaz ini lepasan Al-Azhar, Mesir...mesti banyak ilmu yg hendak disampaikan..Then kami belajar seperti kuliah biasa..3jam dalam dewan kuliah..memang menguji kesabaran...

"AKHLAK & TASAWWUF"buku pertama yg ku beli hr ini^-^

Peristiwa agak teruk rasanya bagi diriku..hanya 5 orang student sahaja yg attend kelas tutorial utk Perkamusan Arab & Komunikasi..Sebelum ini ada berita mengatakan kelas tutorial akan bermula pd minggu hadapan..So,ramailah student sudah pulang terutamanya kelasku..Nasib menyebelahiku serta rakanku..Kebetulan ada meeting dgn pihak HEP kemudiaan habis awal..Sempatlah kami masuk ke kelas setelah mendapat msg drpd rakan ku..Even lambat kami tetap pergi..Alhamdulillah...Dr. dapat terima alasan kami..& rakan-rakan lain yg tdk hadir itu...Tunggulah respond dr DR...Pengalaman belajar 5 org dlm kelas^-^

P/S: After ini kena alert dgn timetable..& dapatkan sesuatu info yg betul..







SYUKRAN JAZILAN ^-^

Monday 18 February 2013

Keep Spirit!!! Keep Istiqamah!!!

Views
Assalamualaikum W.B.T




Alhamdulillah..aku mampu lg diberi kesempatan utk meneruskan wadahku ini...Dalam mood menghintung hari...sedar tak sedar one more day utk aku memulakan sesi perkuliahan utk semester 4..Cuti selama beberapa minggu membuatkan diri ini diselebungi sifat kemalasan..Ya Allah jauhkan lah aku dri sifat itu...

Esok bermula la semester baru...Dapat la bertemu & melepaskan rindu pada sahabat-sahabat yg sudah hampir beberapa minggu tidak berjumpa..Tetapi kami masih lg berada di fakulti, dewan kuliah & kelas yg sama..& cuma lecturer yg berbeza....Agak-agaknya siaplah lecturer yg bakal mengajar kami...Tak sabar rasanya^-^

Alhamdulillah..Pagi-pagi lg received message from Islamic Bank...PTPTN sudah masuk^-^....Wahh...But...Remember that....Uruskan duit itu dengan bijak..Jgn membazir..Yg penting jelaskan yuran terlebih dahulu....

Sempena sem baru ini...kita mesti ada azam & semangat baru bukan??Tanamlah azam & semangat yg baru untuk kita lebih berjaya & lebih cemerlang...Jadikanlah perkara yg lalu sbgi pengajaran dlm hidup kita..Jadikan hari ini &bakal mendatang lebih baik dri sebelumnya..InsyaAllah...

Teruskan berjuang..Sesungguhnya perjuangan kita masih lg panjang...& bukan setakat utk kita menghadapi final exam sahaja...Liku-liku kehidupn kita masih lg panjang...Diharap perjuangan kita ini berterusan & jgn hanya pada setengah jalan...

Sambutlah semester baru ini dengan azam & semangat yg baru even kita masih lg berada di tempat yg sama..Tingkatkan perubahan positif pada diri kita & buanglah sifat negatif tu ^_^...InsyaAllah..Jika niat kita baik..Allah akan permudahkan..Amiin....

P/S: selamat melangkah ke semester baru sahabat-sahabat semua..Keep spirit!!! Keep Istiqamah!!!




SYUKRAN JAZILAN ^-^

Friday 15 February 2013

Semester Baru Akan Bermula

Views
Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah..aku masih lagi bernafas utk meneruskan kewajipan ku sbgi seorg muslimat..Begitu juga dgn wadahku ini..Aku masih lg bersemangat untuk berkongsi wadah-wadahku ini...InsyaAllah...

Alhamdulillah..berkat hari jumaat pagi ini aku berjaya menembusi laman sesawang eStudent USIM bg mendaftar kos untuk sem baru ini..Semester 4...Setelah sekian lama menunggu daripada semalam..Akhirnya berjaya..Sabar itu penting ^-^
list subjek ku..byknya ^-^

Utk sem ini jadual ku pack berbanding dgn sem2 yg lepas..Subjek untuk kali ini juga banyak..Selaras lah dgn kos yg aku ambil..Bahasa Arab & Komunikasi..InsyaAllah..Lagi 2 tahun akn tamat pengajianku..Mudah-mudah an tercapai hajtku untuk grad & merasa palia jubah konvo ^-^

Tak sangka pulak aku ditukarkan ke kelas BBA2...Kelas sewaktu ku sem 1..Aku tak kisah berada di kelas mana pun..Tapi kesian pada sahabat ku..Yg seorang ni..Teman sebililkku...Tapi nak buat macamana..Sistem USIM macamtu..Tak pe la sahabat.. Kita boleh jumpa hari-hari..Cuma kita berbeza kelas sahaja..

my schedule...new sem...

Even banyak subjek pada sem ini..Itu bukan satu halangan & bebanan buatku..begitu juga pada sahabat-sahabat seperjuanganku yg lain...Niat yg baik dalam mencari ilmu..Tidar rugi sahabat-sahabat..
Yg penting kita selalu ingat yg kita ada DIA..yg selalu ada sewaktu kita susah & senang..Selalulah memohon & meminta padaNya..Allahu Robbi..
Hopefully kami semua berjaya menghadapi sem ini & sem2 akan datang..Berjaya dgn cemerlang..
BITTAWFIQ WANNAJAH!!!

P/S: selamat menghadapi sem baru sahabat2 USIM..Begitu juga dgn yg lain..





SYUKRAN JAZILAN ^-^

Wednesday 13 February 2013

Ilmu Bukan Pada Pointer

Views
Assalamualaikum W.B.T

Wadahku hari ini 13 Februari 2013...Dapat info hari ini sudah boleh menyemak result dari eStudent USIM..Baru hari ini aku berasa berdebar-debar menanti resultku..Selama cuti ini aku hanya sibuk dgn tugas lain..Entah mengapa resultku aku biarkan begitu..Tapi ini bukan bermakna aku lupa semuanya..Aku perlu memikul tangunggjawab yg telah diberikan padaku...

Baru beberapa jam yg lalu aku sudah menyemak resultku..Alhamdulillah..even aku bukan tersenarai dalam DL..Aku rasa bersyukur kerana resultku ada perubahan dari sem lepas..Alhamdulillah..bersyukur padaMu Ya Allah...

Aku tahu subjek untuk sem lepas agak mencabar..& aku hanya bergantung padaMu Ya Allah..Sesungguhnya aku telah berusaha sedaya  upaya semampu yg boleh..& aku bersyukur dgn apa yg telah Engkau berikan padaku..

Ilmu bukan pada pointer...Ilmu juga bukan setakat pada exam sahaja...Ilmu yg kita pelajari itu mesti sampai & kita gunakn dgn sebaiknya...

InsyaAllah..aku akan berusah dengan lebih lg utk mencapai result yg lebih cemerlang..Robbuna Yusahhil...




p/s: Mabruk pada rakan2 yg berjaya...mama yg kurang tu boleh usaha lg utk next sem...



SYUKRAN JAZILAN ^-^

Teruskan semangat

Views
Assalamualaikum W.B.T

Tinggal beberapa hari lagi untuk aku melangkah ke sem baru..Sem 4...Alhamdulillah..Bersyukur  sangat because Allah berikanku peluang untuk meneruskan study ku until peringkat ni...InsyaAllah lg 2 tahun akan tamat pengajianku dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Komunikasi..

Earlier morning I made something like new creative..Memo untuk perkara-perkara yg penting utk sem dpn..
kreatif x???but simple^-^
Ni pun aku juz guna barang-barang terpakai..Kalendar tahun lepas then balut n lekat la guna kertas warna..Siap ;)...Selalu orang akan buat dalam bentuk buku..Tak pun juz lekat je pada wall...Hari ini aku try buat lain dari yg lain...

Dalam memo ni aku letakkan:
  • time table class
  • jadual study
  • list of assinment assingment
  • list of homework
  • others thing
  • MY WISHES(penting!!!)
Actually sekurang-kurangnya ada memo ni will reminder me about important things..So, dapat manage masa & kerja aku dgn terurus...Tak sabar nak isi content dalam memo ku ini ^-^..Rasa semangat untuk terus belajar...

Next sesi mengemas meja studiku..Rasa dah lama tak susun atur balik..Tak banyak buku lg..Sedang menanti buku-buku sem 4 *-*..Semangat....

Keadaan after diselenggara...Tak la kemas sgt..actually,not bad la ^-^

By the way,,,mesti ada semangat untuk meneruskan perjuangan..Tak kira apa cara sekalipun untuk maju kehadapan yg penting ada usaha dari diri sendiri..More effort!!!


p/s: sedang menanti result yg bakal keluar..mudah-mudahan dapat yg terbaik..InsyaAllah...
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Tuesday 12 February 2013

Menjadi Diriku

Views
Tak seperti bintang di langit
   
 Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah..aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan wadahku ini...Tertarik dengan lirik nasyid Menjadi Diriku by Edcoustic...
 
Kekurangan pada diri??
Jangan kita bersikap lemah & malu dgn kekurangan diri kita...
Tidak ada seorang pun diantara kita yg sempurna kerana kesempurnaan itu milik Allah.. 
Even kita sedar & orang lain pun sedar diri kita memiliki kekurangan...  
Tetapi kita mampu untuk berusaha mampu menjadi yg terbaik....
Kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada sebab itu semua anugerah dari Allah..
Jadilah realiti diri kita yg sebenar & sayangilah dia....
 
 
 Hayati lirik lagu ini..Walaupun pendek tapi bermakna.....
 
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

 Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki
 
 
 
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekukurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku

terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang kupunya
setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekukurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku

terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang kupunya
setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki


SYUKRAN JAZILAN ^-^

Monday 11 February 2013

Rindu Itu Kurniaan dari Allah

Views

Assalamualaikum W.B.T 





Bicara tentang rindu... 
Ada apa tentang rindu..
Semua perkara kita boleh rindu..
Kita tak boleh halang & lari dari  perasaan tu...


Artikel dari Halaqah.net :
Para pejuang Allah taala yang mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan. Begitulah seterusnya.

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.
 Copy by Halaqah.Net


Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan



 p/s: Hendak rindu pada org lain boleh..Jangan terlebih2 sudahlah...Rindulah pada kedua ibu bapa kita sebab rindu tu kurniaan dari Allah =)

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...