Khalili Habibuallah

Friday 30 August 2013

Allah beri yg terbaik..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T

Alhamdulillah..Hari ini aku diberi kesempatan untuk memenuhi wadah ku ini..



Hari ini result utk final sem 4 sudah keluar..
Alhamdulillah..
Result ku amat memuaskan...Resultku still maintane daripada sem satu lagi..Sem ini ada peningkatan daripada sem lepas..

Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Allah..Engkau telah beri yang terbaik buatku..Even namaku tak tersenarai lg dalam DL lagi..InsyaAllah..aku kena more effort lagi..Maybe rezeki itu belum sampai lagi..Aku boleh cuba lagi..

Belajar ini bukan semata2 hendak kejar pointer..Tapi ilmu yg kita pelajari..Intipatinya^-^
Orang cakap ilmu bukan pada pointer..Betul tak?

After check result..Terus cakap pada mak...
Mak: Alhamdulillah ..Along dah buat yang terbaik..Along dah usaha semampu yang boleh..Jadi Allah dah beri apa yang terbaik buat Alonag..InsyaAllah..mungkin lain masa nanti Along akan dapat lebih baik lagi..Tapi bukan sekarang..

Blia dengar maka cakap begitu..Aku rasa ada semangat lagi untuk ke sem depan & tak sabar untuk study^-^
Terima Kasih Mak..InsyaAllah Along akan buat yg terbaik after ini..Mak doakan Along ye...


Baca status at fb..ad seorang sahabat ini beri pandangan: 

 " gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.. dan berjaya sekali tidak bermakna berjaya selamanya.. kerana belum tentu orang yg berjaya akan beramal dgan ilmu yg dia dpat.. dan belum tentu orang yang gagal dia akan lupakan ilmu yg dia dpat.. kita kadang2 belajar semata2 untuk dpat result cemerlang, bukannya utk menambahkan ilmu.. jadi niat semata2 untuk men"cantik"kan pointer..renung2kan...





SYUKRAN JAZILAN ^-^

Wednesday 28 August 2013

Harapan..

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T




Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan


Tidak kesampaian cinta kita
Kubawa harapan kupendam rahsia
Ku dikejauhan mendoakan
Agar kau bahgia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikaukan fahami…

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku..





note: Hanya mampu berharap padaNYA....
         Ustazah Fatimah Syarha kata:: Para gadis pelihara hati kamu. Kalau lelaki tu baik, dia takkan    mainkan hati perempuan. Dia akan seiringkan agama dan akhlak ~ ALLAHURABBI
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Tuesday 27 August 2013

Zikrullah..

Views
 بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMMUA'LAIKUM W.BT



Perasaan itu,
Apabila kita berhadapan dengan masalah..
Hati hendaklah mengingati Allah.

Allahu Allah.

*Allah Maha Mendengar, jangan pernah berputus asa untuk memohon kepadaNya.
  Allah Maha Mengetahui, jangan pernah lupa untuk memohon petunjukNya.
  dan Allah Maha Berkuasa, jangan pernah letih untuk berharap padaNya.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
::Surah Ar-Ra'd, ayat 28::




Moga kita memperoleh ketenangan....
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Cinta Berkawan

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhamdulillah..Wadah ini dapat diisi lagi..
Kongsi sedikit lirik lagu untuk wadah kali ini..
Ni diantara favourite nasyeed ku^-^
Even lirik nampak pendek..
Tapi ada banyak makna yg tersirat & tersurat di dalamnya..

Seutas tali memadu simpul tawamu duhai kawan
Simpulnya jatuh dipelupuk nurani yang tertambat cinta
Cinta berkawan bersama nikmati semusim masa

Disela kehangatan berkawan adalah aku pandang
Satu persatu garis wajah duhai kawan penuh harapan
Andai saja slalu bersama setiap masa sehati

Reff :
Suratan Tuhan kita disini menapaki cerita bersama
Cinta berkawan karna sehati dalam kasih Illahi
Tepiskan hal yang berbeda agar kisahmu teramat panjang
Simpan rapi harapan berkawan selamanya..


P/s: If nak dengar lagu ni macamana boleh la refer youtube =)
SYUKRAN JAZILAN ^-^

Syukuri NikmatNYA

Views
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T 
Wadah kali ini sebagai peringatan untuk diriku & kita semua..Pagi tadi ada dengar tazkirah dalam rancangan tv..Diri ini sudi berkongsi sedikit ilmu untuk kita semua^-^
Dalam setiap perkara di dunia, kita sering terlupa dan lambat menyedari akan nikmat Allah yang patut disyukuri. Ketika nikmat itu menghilang, barulah kita menyesal. Sesalan yang paling kesal adalah ketika kita menyesali nikmat UMUR dan KESEMPATAN berbuat baik, sedangkan diri kita sudah dihadapkan dengan kematian.

"...hingga sa'atnya kematian datang, seseorang di antara kamu meminta. 'Duhai Rabb kami, tangguhkanlah ajalku walaupun sebentar. Aku akan berbuat baik dan mahu bersedekah.' Namun kata Allah, 'Terlambat'. Kalau kematian sudah datang, tidak dapat lagi ditunda..."
(Al-Munaafiqun : 10-11)


Manfaatkanlah WAKTU sebaik mungkin, untuk beribadah kepada Allah dan BERBUAT BAIK kepada makhlukNya, mudah-mudahan Allah menyatukan kita, mempertemukan kita dalam satu keluarga yang berkumpul di syurgaNya kelak. Aamiin...
  P/S:Alhamdulillah..Aku diberi peluang utk meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini lagi..

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Baru Tahu ^-^

Views
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum W.B.T



PAPLOVA...
Macam2 makanan sekarang ye..Nama pun pelik & unik..
Paplova ni lebih kurang macam desert & kek kot..ada krim & buah..

1st makan time ada expo at USIM..ada akak senior jual..

Kakak Senior: "Adik2..Beli la ni..Cuba rasa Palova ni.."
Aku: Paplova??? Apa tu??? Tak pernah dengar pun ^-^
Kakak Senior: Ala ada buah...Krim..Sedap taw..Belum cuba belum tahu..

Urmm..beli jela..kesian pula at akak ni..dah la banyak soalan ditanya(dalam hati^-^)

Aku: Ok la kak..Berapa harga yg small size ni?
Kakak Senior: RM3..
Aku: Owhh..Jap ye.
Dalam hati ni kata..Mak aii..Mahal nya^-^

Sampai dalam kelas..Aku beri la rasa sedikit pada kawan2..Ok la..Not bad la..Sedap ^-^
Ada fruits..Tak sia2 la beli..rasa macam yogurt..hehe..

So barulah tahu..Apa itu PAPLOVA^-^
Sempatlah juga aku google utk cari macamana nak buat paplova ni..InsyaAllah..If ada masa & rezeki teringin juga hendak make it by myself =)

Resepi Paplova:
  • 4 bj putih telur gred A
  • 1 cwn gula pasir/gula castor
  • 2 s/mkn tepung jagung
  • 1 s/t cuka mkn
  • 1 s/t esen perasa oren - ni ijapian tambah utk elak hanyir telur
  • Topping:
  • 1 cwn fresh cream ( Rich, Value - non diary)
  • Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur

 


SYUKRAN JAZILAN ^-^

Monday 26 August 2013

Slmat hari lahir#zhu ni shenre kuaile#sanah helwa#happy birhday#

Views
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

بسم الله الرحمن الرحيم


24 & 25 August..

Wadah ku kali ini..Hari kelahiran adik2 ku..Ikhwan & Irfan ^-^.. Ehh..bukan kembar..Kebetulan sama cuma selang sehari..Along harap...

::Semoga panjang umur & dimurakan rezeki::
::Semoga menjadi  anak yg soleh & berbakti pd mak & ayah::
::Bittawfeeq Wannajah Fidduniya Walakhirat::







SYUKRAN JAZILAN ^-^

Wednesday 21 August 2013

#REDHA...

Views
 Assalamualaikum W.B.T

Ya Allah..Hati ini gusar..Berikanlah ketenangan pd diri ini..Mungkin ini takdir yg sudah tertulis buatku.. Memang berat utk aku laluinya..Aku kena terima dgn Redha..

Mungkin Allah sdh beri petunjuk pada diriku..Dia bukan milikku..Aku kena kuat..Lupakan apa yg sdh berlaku..Mungkin after ni aku kena lebih fokus pada future..

Kita hanya mampu merancang..perancangan Allah adalah yg terbaik..Biarlah Allah yg tentukan segala2nya..
 


JODOH itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita...:')

Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya..InsyaALLAH...




JODOH ITU MUTLAK RAHASIA ALLAH

Ada yang sudah dekat tiba-tiba menjauh.
Ada yang jauh tiba-tiba mendekat.

Ada yang sudah sayang tiba-tiba
membenci.
Ada yang belum kenal tiba-tiba menyayangi.

Ada yang sudah direncanakan
tanggal nikahnya tiba-tiba berantakan.
Ada yang tidak direncanakan tiba-
tiba datang mengajak nikah.

Ada yang sudah dijodohkan tiba-
tiba dibatalkan.
Ada yang tidak dikenal sebelumnya
tiba-tiba menjadi jodohnya.

Itulah rahasia JODOH..

Hanya Dia yang tahu kapan kita berjodoh.
Hanya Dia yang tahu dengan siapa
kita akan berjodoh.
Hanya Dia yang tahu dengan cara
apa kita bertemu jodoh.

Tugas kita adalah berusaha
dengan cara yang baik.
Tugas kita adalah berusaha
dengan menjadi baik.
Tugas kita adalah menerima
apapun keputusan terbaik menurut Allah.

Dan satu hal jangan kita abaikan.
Jangan pernah merasa lelah
meminta dan terus meminta
melalui DOA kepada-Nya.

Ya Allah..
Berikanlah jodoh yang soleh dan
solehah bagi semua yang
membaca, mengAminkan serta
yang memBagikan tulisan ini..

Aamiin Ya Rabbal'Alamiin.

SYUKRAN JAZILAN ^-^

Tuesday 20 August 2013

new style..ok @ salah ke??

Views
Assalamualaikum W.B.T



Alhamdulillah..malam ini aku dapat luangkan masa dgn wadah ku ini...Rasa sunyi diri ini..Even kita berduka, kita kena kuat...Biarlah duka itu hilang..

So, cerita mengenai shawl..Boleh ke kita menggayakan nya?Sekarang ini memang menjadi trend kaum hawa memakai shawl dgn pelbagai cara..Macam2 cara dililitnya..New style la katakan^-^

Aku ada terbaca satu entry ini..Apa jawapan di sebalik persoalan ini ..

Ustaz Love pun tak tahu nak mulakan dari mana… cuma mungkin Ustaz Love boleh cuba untuk menjelaskan serba sedikit dari sudut hukum.. Apa jua pakaian, hendaklah menutup aurat dengan sempurna… Tak kira lelaki ke, pempuan ke… Kalau pempuan pakai seluar ketat hingga menampakkan susuk punggung, hukumnya adalah haram.. begitu juga lelaki kalau pakai seluar ketat.. Jadi, jangan ingat kalau pakai tight sampai lutut (masa main bola ke), itu dah tutup aurat sempurna dah..
Dan aurat juga banyak bahagian.. bukan setakat rambut (bagi wanita) atau kepala lutut (bagi lelaki) je… tapi meliputi apa yg digariskan oleh syariat.. iaitu bagi wanita, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.. manakala bagi lelaki, auratnya daripada pusat hingga lutut… termasuk yg berada di belakang pusat dan juga belakang pelipat lutut..
Itu dari sudut hukumnya… Namun, banyak lagi faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum kita menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai berdosa, fasiq, munafiq, hipokrit dsb…
Adalah tidak adil sekiranya kita membandingkan seorang yang baru belajar2 nak pakai tudung, dengan wanita Arab Saudi yg memakai tudung dan berpurdah (niqab) atau memakai burqa (menutup seluruh badan termasuk mata..kat bahagian mata tu ada jaring untuk melihat)… Juga tidak adil membandingkan seorang artis yang bertudung dengan seorang ustazah lepasan al-Azhar…
Hukum itu jelas.. tiada pertikaian di situ.. cuma dari sudut amali, maka banyak perkara dilonggarkan agar tidak menyebabkan seorang yang baru2 nak berjinak dengan amalan agama ni, terus meninggalkan amalan tersebut…
Bagi seseorang yang memang ada kesedaran beragama dan berpegang teguh pada agama, maka hendaklah dia menutup aurat dengan sempurna. Bagi yang belum ada kesedaran, tapi memakainya disebabkan untuk nampak cantik, nampak bergaya dsb, maka pakailah sekadar kemampuannya.. Ini adalah lebih baik daripada langsung tak pakai tudung…
Kaedah bertudung juga kita perlu fahami… bukanlah maksud menutup aurat tu adalah memakai tudung bulat ke, tudung bawal ke, tudung periuk ke.. tapi bermaksud menutup.. walau dengan apa bahan sekalipun… kalau org kampung zaman dulu2, kaum wanita menutup kepala dengan kain batik.. Kalau di sebelah Afghan, diorg tutup dengan kain labuh… kadang2 terbuka, kadang2 tertutup.. berbeza dengan tudung yg dipakai oleh orang Melayu Malaysia, siap ada pin2 bagai… Jadi, kaedah pemakaian mahupun jenis tudung itu sendiri bukanlah menjadi persoalan… Asalkan menutup aurat, jalan je..
Berkenaan dengan tudung shawl ni plak, sama juga dengan tudung2 lain… yg pentingnya menutup aurat.. itu yg utama.. bila dah istiqamah bertudung, maka boleh la nak fikir pasal labuh, kemudian pasal warna dsb.
Kalau takde keinginan nak menutup aurat, dan digalakkan dgn fesyen2 yg nampak cantik, ranggi dsb.. maka tiada salahnya menggunakan alasan itu dulu… Umpama seorang budak yang malas belajar.. dijanjikan dengan hadiah2 kalau lulus periksa, maka tak jadi masalah.. sbb bukan tahap budak2 tu lagi nak fikir soal ikhlas ke, apa ke.. sbb keinginan nak belajar pun beliau takde..
Jadi, pandangan Ustaz Love takde la liberal… hukum menutup aurat tu wajib… tapi, kalau sesiapa yang dgn bertudung fesyen ini menjadikan beliau istiqamah bertudung, maka teruskan la… Sampai ke satu tahap, kita pergi ke tahap labuh plak.. pastu ke tahap warna yg tak menarik perhatian plak.. Bak kata Mydin “Naik tangga jangan berlari nanti jatuh”…
Kalau kehidupan dunia, kita nak semakin maju (daripada naik bas, nak naik motor.. pastu nak beli kereta.. pastu nak beli bas), maka dalam beragama pun kita kena ada keinginan sebegitu… Kalau dulu pakai tudung bawal, maka naik la tahap sikit pakai tudung jaws ke, tudung paus ke… Kalau dulu, solat berjemaah cuma seminggu sekali, naikkan la tahap sikit.. seminggu dua kali ke.. hinggalah akhirnya mencapai matlamat tertinggi iaitu solat berjemaah setiap waktu…

Terjawab sedikit mengenai masalah ini..Yg wajib aurat itu ditutup ^-^

-->Begitu jugalah dengan pemakaian SHAWL. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu:
a) tidak menampakkan bentuk dada,
b) tidak jarang
c) menutup bahagian yg sepatutnya yg ditetapkan oleh syariat Islam





SYUKRAN JAZILAN ^-^

Monday 19 August 2013

ALuMni SamTaj Sg.Besar 2013

Views
Assalamualaikum W.B.T

Jemputan ke ALUMNI

17 OGOS 2013,
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH,SG. BESAR SELANGOR.

Alhamdulillah..Setelah sekian lama tdk berjumpa...Akhirnya kami ex-students SAMTAJ,SG. BESAR berjaya diketemukan semula even x semua yg hadir..

3hari kami berkampung di sini..kerja,masak & makan bersama..Alhamdulillah..semua dilakukan dgn kerjasama kami semua..

Event ini dapat juga kami melepaskan rindu pada teman2 & guru2.. Dapat jumpa sahabat2 yg sememangnya x pnh jumpa after kluar dr sekolah ini..

Alhamdulillah..ad yg sudah bekerja..Still study lagi  & x sgka ad juga yg dh kahwin^-^..
Abg..Kakak Senior & adik2 junior pun bg kerjasama utk hadir..Sporting la mereka..

Syukur Alhamdulillah..bila berjumpa mereka,hilang rasa duka dalam diri ini..even hnya beberapa hari bersama mereka..Suka & duka..kerjasama dgn mereka dapat mengeratkan ukhwah kami semua...

Rindu kami pada sekolah juga..Yg banyak perubahan & makin maju..Harap sekolah & students2 SAMTAJ akan lebih maju & berjaya pada masa akn dtg..

Syukran kasiran pd sahabat2 yg menganjurkan event ini....Syukran juga pada teman2 yg bertungkus-lumus menjayakan event ini..Hope akan diadakan lg alumni ni dengan lebih jaya lagi ^-^

Mudah2an ukhwah kami semua berkekalan hingga akhit hayat....InsyaAllah..ada jodoh & rezeki kita jumpa lagi..

Sempat snap environment SAMTAJ ^-^


SWEET MEMORIES...Ukhwah fillah till jannah..InsyaAllah..


SYUKRAN JAZILAN ^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...