Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah..malam ini aku dapat luangkan masa dgn wadah ku ini...Rasa sunyi diri ini..Even kita berduka, kita kena kuat...Biarlah duka itu hilang..
So, cerita mengenai shawl..Boleh ke kita menggayakan nya?Sekarang ini memang menjadi trend kaum hawa memakai shawl dgn pelbagai cara..Macam2 cara dililitnya..New style la katakan^-^
Aku ada terbaca satu entry ini..Apa jawapan di sebalik persoalan ini ..
Ustaz Love pun tak tahu nak mulakan dari
mana… cuma mungkin Ustaz Love boleh cuba untuk menjelaskan serba
sedikit dari sudut hukum.. Apa jua pakaian, hendaklah menutup aurat
dengan sempurna… Tak kira lelaki ke, pempuan ke… Kalau pempuan pakai
seluar ketat hingga menampakkan susuk punggung, hukumnya adalah haram..
begitu juga lelaki kalau pakai seluar ketat.. Jadi, jangan ingat kalau
pakai tight sampai lutut (masa main bola ke), itu dah tutup aurat
sempurna dah..
Dan aurat juga banyak bahagian.. bukan
setakat rambut (bagi wanita) atau kepala lutut (bagi lelaki) je… tapi
meliputi apa yg digariskan oleh syariat.. iaitu bagi wanita, seluruh
tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.. manakala bagi lelaki,
auratnya daripada pusat hingga lutut… termasuk yg berada di belakang
pusat dan juga belakang pelipat lutut..
Itu dari sudut hukumnya… Namun, banyak
lagi faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum kita menjatuhkan hukuman
pada seseorang itu sebagai berdosa, fasiq, munafiq, hipokrit dsb…
Adalah tidak adil sekiranya kita
membandingkan seorang yang baru belajar2 nak pakai tudung, dengan wanita
Arab Saudi yg memakai tudung dan berpurdah (niqab) atau memakai burqa
(menutup seluruh badan termasuk mata..kat bahagian mata tu ada jaring
untuk melihat)… Juga tidak adil membandingkan seorang artis yang
bertudung dengan seorang ustazah lepasan al-Azhar…
Hukum itu jelas.. tiada pertikaian di
situ.. cuma dari sudut amali, maka banyak perkara dilonggarkan agar
tidak menyebabkan seorang yang baru2 nak berjinak dengan amalan agama
ni, terus meninggalkan amalan tersebut…
Bagi seseorang yang memang ada kesedaran
beragama dan berpegang teguh pada agama, maka hendaklah dia menutup
aurat dengan sempurna. Bagi yang belum ada kesedaran, tapi memakainya
disebabkan untuk nampak cantik, nampak bergaya dsb, maka pakailah
sekadar kemampuannya.. Ini adalah lebih baik daripada langsung tak pakai
tudung…
Kaedah bertudung juga kita perlu fahami…
bukanlah maksud menutup aurat tu adalah memakai tudung bulat ke, tudung
bawal ke, tudung periuk ke.. tapi bermaksud menutup.. walau dengan apa
bahan sekalipun… kalau org kampung zaman dulu2, kaum wanita menutup
kepala dengan kain batik.. Kalau di sebelah Afghan, diorg tutup dengan
kain labuh… kadang2 terbuka, kadang2 tertutup.. berbeza dengan tudung yg
dipakai oleh orang Melayu Malaysia, siap ada pin2 bagai… Jadi, kaedah
pemakaian mahupun jenis tudung itu sendiri bukanlah menjadi persoalan…
Asalkan menutup aurat, jalan je..
Berkenaan dengan tudung shawl ni plak,
sama juga dengan tudung2 lain… yg pentingnya menutup aurat.. itu yg
utama.. bila dah istiqamah bertudung, maka boleh la nak fikir pasal
labuh, kemudian pasal warna dsb.
Kalau takde keinginan nak menutup aurat,
dan digalakkan dgn fesyen2 yg nampak cantik, ranggi dsb.. maka tiada
salahnya menggunakan alasan itu dulu… Umpama seorang budak yang malas
belajar.. dijanjikan dengan hadiah2 kalau lulus periksa, maka tak jadi
masalah.. sbb bukan tahap budak2 tu lagi nak fikir soal ikhlas ke, apa
ke.. sbb keinginan nak belajar pun beliau takde..
Jadi, pandangan Ustaz Love takde la
liberal… hukum menutup aurat tu wajib… tapi, kalau sesiapa yang dgn
bertudung fesyen ini menjadikan beliau istiqamah bertudung, maka
teruskan la… Sampai ke satu tahap, kita pergi ke tahap labuh plak..
pastu ke tahap warna yg tak menarik perhatian plak.. Bak kata Mydin
“Naik tangga jangan berlari nanti jatuh”…
Kalau kehidupan dunia, kita nak semakin
maju (daripada naik bas, nak naik motor.. pastu nak beli kereta.. pastu
nak beli bas), maka dalam beragama pun kita kena ada keinginan sebegitu…
Kalau dulu pakai tudung bawal, maka naik la tahap sikit pakai tudung
jaws ke, tudung paus ke… Kalau dulu, solat berjemaah cuma seminggu
sekali, naikkan la tahap sikit.. seminggu dua kali ke.. hinggalah
akhirnya mencapai matlamat tertinggi iaitu solat berjemaah setiap waktu…
Terjawab sedikit mengenai masalah ini..Yg wajib aurat itu ditutup ^-^
-->Begitu jugalah dengan pemakaian SHAWL. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu:
a) tidak menampakkan bentuk dada,
b) tidak jarang
c) menutup bahagian yg sepatutnya yg ditetapkan oleh syariat Islam
a) tidak menampakkan bentuk dada,
b) tidak jarang
c) menutup bahagian yg sepatutnya yg ditetapkan oleh syariat Islam
No comments:
Post a Comment