Bicara tentang rindu...
Ada apa tentang rindu..
Semua perkara kita boleh rindu..
Kita tak boleh halang & lari dari perasaan tu...
Artikel dari Halaqah.net :
Para pejuang Allah taala yang
mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai
isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan. Begitulah seterusnya.
Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.
Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.
Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.
Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

Copy by Halaqah.Net
Rindu
itu adalah
Anugerah
dari Allah
Insan
yang berhati nurani
Punyai
rasa rindu
Rindu
pada kedamaian
Rindu
pada ketenangan
Rindukan
kesejahteraan
Dan
juga kebahgiaan
Orang-orang
bertaqwa
Rindu
akan kebenaran
Kejujuran
dan keikhlasan
Keredhaan
Tuhannya
Orang
mukmin merindukan
Anak-anak
yang soleh
Isteri-isteri
yang solehah
Keluarga
bahagia
Para
pencinta kebenaran
Rindukan
suasana
Masyarakat
yang terjalin
Aman
dan sejahtera
Merindukan
tertegaknya
Kalimah
allah di muka bumi
Dan
dalam merindukan
Keampunan
Tuhannya
Merindukan
cahaya
Yang
menyinari kehidupan
Rindu
kepada Tuhan
p/s: Hendak rindu pada org lain boleh..Jangan terlebih2
sudahlah...Rindulah pada kedua ibu bapa kita sebab rindu tu kurniaan dari
Allah =)
No comments:
Post a Comment